9 & 10 Mac: Kemeriahan Bengkel Asas Keusahawanan
Dimaklumkan bahawa Kelab Keusahawanan UniSZA (KKU) dengan kerjasama Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP) telah menganjurkan program “Bengkel Asas Keusahawanan” pada 9 dan 10 Mac (Jumaat dan Sabtu) dengan jayanya. Bengkel yang bertempat di Dewan Ibnu Khaldun ini mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan mahasiswa/i UniSZA, bukan sahaja dari kalangan ahli KKU itu sendiri, malah dari kalangan bukan ahli, begitu juga daripada komuniti luar.
Bengkel Asas Keusahawanan ini telah menjemput Prof. Madya Dr.Fakhrul Anwar bin Zainol sebagai penceramah sepanjang dua hari bengkel berlangsung. Beliau merupakan Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan merupakan pakar jurulatih dalam perniagaan professional. Bengkel ini telah mengetengahkan asas keusahawanan dalam kalangan peserta dan memberi pendedahan mengenai Business Model Canvas (BMC). BMC adalah ilmu asas perniagaan yang wajib diketahui dan digunapakai bagi mereka yang mahu memulakan bisnes, menambahbaik atau memulihkan bisnes, atau meluaskan empayar perniagaan mereka yang sedia ada.
Bengkel ini telah mendapat impak positif dari kalangan peserta, khususnya dalam pembudayaan keusahawanan. Hal ini selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi melahirkan graduan yang bercirikan keusahawanan, di samping membentuk graduan yang boleh menjadi penjana pekerjaan. Diharapkan dengan penganjuran program sebegini, lebih ramai lagi usahawan dalam kalangan mahasiswa/i UniSZA dapat dilahirkan.
#UniSZAPastiTahu
#SoaringUpwards
#IlmudanAkhlak
#ILoveUniSZA
#KelabKeusahawananUniSZA
#BerkongsiKebaikan
Comments
Post a Comment