PENCARIAN AHLI BAZAR KARAT UniSZA (VENDOR)
[PENCARIAN AHLI BAZAR KARAT UniSZA (VENDOR)]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018 dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA) akan menganjurkan program Bazar Karat UniSZA seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 11 Mac hingga 26 Ogos 2018
Hari : Setiap Hari Ahad
Tempat : Tapak Letak Kenderaan Berhadapan dengan Foyer Kolej Kediaman UniSZA Kampus Gong Badak.
Buat makluman semua, program ini merupakan inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar dalam menyediakan sebuah platform khas untuk semua mahasiswa UniSZA yang mempunyai minat berniaga.
Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk membuka penyertaaan Ahli Bazar Karat kepada semua mahasiswa UniSZA sehingga 7 Mac 2018 (Hari Rabu). Anda boleh dapatkan dokumen Syarat Dan Peraturan serta Borang Pendaftaran Ahli Bazar Karat UniSZA yang disertakan sekali bersama kenyataan ini.
Pautan borang:
https://drive.google.com/open?id=0B9EecbaEeg_tdWUwZk5PSTlLVzNYeGowT2RFc1NzU3dkY2l3
Justeru itu, sekiranya berminat atau mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi Alya (01114690392) atau Husna (0132519712). Borang yang telah diisi boleh dihantar ke Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA selewatnya pada 7 Mac 2018.
Sekian.
“PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2017/2018
Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:
Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Twitter : @SRCUniSZA
Instagram : mppunisza
Telegram : Hebahan MPP UniSZA
#DemimuUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#MPPUniSZA
Comments
Post a Comment