TAHNIAH: FATHMI HASSAN & ZIYAD YAZID MENANG IDEATE @ BAHTERA 2018



KUANTAN 25 Feb - Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) meraikan kemenangan dua mahasiswanya saudara Muhammad Ziyad bin Mohd Yazid, ISM Kerja Sosial semester 4 dan saudara Muhamad Fathmi Bin Hassan, ISM Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) semester 5 yang mewakili universiti tersebut dalam Program Magic IDEATE @BAHTERA2018 yang bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan. Program ini berlansung selama 2 hari dan merupakan program hackathon yang dianjurkan oleh MaGIC.

Muhamad Ziyad berkata, program MaGIC IDEATE ini disertai lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan usahawan seluruh negara.

Menurutnya, Peserta akan mempelajari serta mengembangkan idea baru yang berpotensi untuk memberi impak positif terhadap alam sekitar dan golongan kurang berkemampuan. Peserta akan dibimbing dengan menggunakan konsep “Design Thinking” untuk menghasilkan solusi berteraskan “Human-centric”. Idea dan solusi yang terbaik akan dimuat naik ke platform Actyvate untuk menjadikannya sebuah kenyataan.

“BAHTERA merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan usahasama kolektif di antara pihak kerajaan dan swasta untuk memperkasa usahawan Bumiputera supaya lebih berdaya saing di dalam ekosistem keusahawanan tempatan dan antarabangsa,” kata Muhamad Fathmi.

Hadiah yang diterima adalah:
1) Layak ke platform Actyvate untuk Crowd Funding
2) Percuma tiket masuk untuk mana - mana program anjuran Magic
3) Percuma co-working space (office) di Magic selama 3 bulan
4) Mentoring 3 bulan oleh pihak Magic 






Comments