TAHNIAH: ZIYAD YAZID & FARIS NAZER MEMBAWA PULANG GERAN KNEO RM20,0000



13 Februari 2018, Selasa - Dua orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin daripada Fakulti Sains Sosial Gunaan, Saudara Muhammad Ziyad Bin Mohd Yazid dan Muhammad Faris Bin Mohd Nazer Semester 4 sekali lagi menjadi kebanggaan UniSZA apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada 30 pemenang stage 4 dalam Pertandingan Khazanah Nasional Entrepreneurship Outreach (KNEO)
Kemenangan ini telah melayakkan mereka membawa pulang geran bernilai 20 Ribu Ringgit Malaysia , berjaya mendapat latihan keusahawanan selama 3 bulan bersama accelerator daripada Khazanah secara percuma dan berjaya ke Stage 5 dan 6  bagi merebut tambahan 30 ribu ringgit.
“Kami tak sangka, dengan idea Pikon – Perkhidmatan Runner ini kami berjaya dinobatkan sebagai salah seorang pemenang memandangkan persaingan yang sangat hebat dari usahawan-usahawan dari seluruh negara, apatah lagi ini merupakan pertandingan yang besar dan terbuka”, Muhammad Ziyad bin Mohd Yazid
Pikon merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan perkhidmatan runner di sekitar UniSZA & UMT. Antara perkhidmatannya adalah membelikan dan menghantar makanan, membeli tiket bas, menghantar dan mengambil barangan pos dan sebagainya.
Sebanyak 90 peserta dari seluruh negera yang terpilih ke stage 3 bagi sesi bootcamp selama 5 hari. Selama 5 hari bootcamp itu, para peserta dinila oleh juri-juri yang berpengalaman sehinggalah 30 pemenang dipilih. Untuk makluman semua, program ini telah menerima penyertaan lebih 1500 penyertaan dari stage 1 lagi.
Sehubungan dengan itu, kejayaan mereka ini sangat membanggakan warga UniSZA. Semoga semua Mahasiswa UniSZA mampu menjadikan mereka tauladan yang terbaik seterusnya membawa dan menjadikan UniSZA sebagai universiti yang terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.










Comments